1437 Hijrah/2015 Masihi
Tarikh: 26 Oktober 2015
Hari: Isnin
Masa:7:30pm-12:00pm
PENGENALAN
MUHARAM adalah bulan pertama dalam sistem kalendar islam(Hijrah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud "diharamkan", iaitu Allah swt melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Kota Mekah.
AL BAQARAH 91
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُواْ بِمَا أَنزَلَ اللّهُ قَالُواْ نُؤْمِنُ بِمَآ أُنزِلَ عَلَيْنَا وَيَكْفُرونَ بِمَا وَرَاءهُ وَهُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقاً لِّمَا مَعَهُمْ قُلْ فَلِمَ تَقْتُلُونَ أَنبِيَاء اللّهِ مِن قَبْلُ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kepada Al Qur'an yang diturunkan Allah," mereka berkata: "Kami hanya beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami". Dan mereka kafir kepada Al Qur'an yang diturunkan sesudahnya, sedang Al Qur'an itu adalah (Kitab) yang hak; yang membenarkan apa yang ada pada mereka. Katakanlah: "Mengapa kamu dahulu membunuh nabi-nabi Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman?......
Sejak pemansuhan itu, umat islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan (Shahrullahi)
Daripada Al-Hassan Al-Basri Rahimahumullah,
"Sesungguhnya Allah swt telah membuka lembaran tahun baru di dalam taqwim islam dengan bulan Muharram. Tidak kedapatan bulan yang lebih mulia dalam taqwim islam di sisi Allah swt itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya"
MATLAMAT
1) Memuliakan ketibaan tahun hijrah yang baru
2) Memantapkan keimanan kepada Allah swt
3) Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan
menghargai perayaan utama di dalam agama islam.
4) Mengeratkan perpaduan dan pemuafakatan di kalangan semua warga Sk Dulang.
5) Mengeratkan hubungan silaturrahim diatara warga Sk Dulang & penduduk Kampung Dulang.
6) Merasai pengalaman menghasilkan bubur Asyura......
No comments:
Post a Comment