(Penubuhan Awal)
- Sekolah Kebangsaan Dulang, 06900 Yan, Kedah Darul Aman mula ditubuhkan pada tahun 1913 diatas tapak seluas 1 relong 239 jemba 40 kaki.
- Ia diberi nama sekolah melayu kampong dulang kechil.
- Guru besar yang pertama ialah Encik Abdul Rahman Bin Ahmad (1913-1917).
- Diawal penubuhan sekolah ini terdiri daripada seorang Guru Besar dan 3 orang Guru Penolong.
(Bangunan Baru)
- Pada tahun 1975, Kementerian Pendidikan telah memmbina satu blok bangunan dua tingkat (Blok A) yang terdiri daripada 6 bilik darjah,pejabat,tandas, dan satu blok kantin diatas sebidang tanah yang seluas 8 ekar 2 rod 16.57 pole yang terletak di seberang jalan sekolah yang awal.
- Bangunan bilik darjah yang awal masih digunakan kerana bangunan baru yang dibina tidak dapat menampung jumlah murid yang semakin bertambah.
- Pada tahun 1981, satu blok bangunan 3 tingkat (Blok B) dibina sebagai tambahan, bangunan ini terletak bersebelahan bangunan 2 tingkat yang sedia ada, bangunan ini mempunyai 8 bilik darjah,perpustakaan, pusat sumber, bilik pelbagai guna, stor, dan tandas murid.
- Bangunan ini siap dibina pada tahun 1984, dan pada tahun yang sama juga bangunan yang itu tidak digunakan lagi.
- Sekolah ini mempunyai 2 blok tempat letak basikal, gelanggang simen(Gelanggang sebaguna), padang permainan(Padang serbaguna), kantin, atu blok rumah guru(2 unit), satu blok tempat letak kereta, lapangan berturap tar untuk perhimpunan mingguan, dan 2 unit pondok rehat.
(Asal-usul Nama Sekolah)
- Sekolah ini dinamakan SEKOLAH KEBANGSAAN DULANG kerana ia didirikan hanya sebuah sekolah saja yang terdapat dalam Mukim Dulang dan bersepempena juga dengan nama (Kampong Dulang Kechil). (Padang permainan Sk Dulang)
(Pintu Utama Sk Dulang)
No comments:
Post a Comment